Raya-raya.


Okay, harini raya keberapa? Aku pun taktahu. Tak kira. Sejak masuk universiti ni , pengetahuan aku tentang tarikh adalah sangat sucks. Cepat je aku lupa. Haih la, tanda dah tua makin ketara ni (tua ke pemalas? hahaha)

Izinkan patik menulis ini dalam Bahasa Melayu. Tadak mood nak tulis bahasa omputih. Tak pandai sangat lagipun omputihnya. Ampunkanlah mama ya , anak-anakku. Haha. #ramaianakaku.

Cerita dia , aku bosan sekarang ni (dulu kalau bosan terus grab buku and baca. Sekarang? Ya Allah , nak pegang buku pun malas...) so aku nak buat throwback la sikit haritu beraya dengan geng susah senang dari zaman sekolah. Entahlah , aku nak cerita benda bermanfaat dekat blog aku ni supaya penulisan aku ni tak sia- sia (sia-siaku, mencintaimuuuuuuu ewah nyanyi pulak) tapi alahai , tulis ajalah apa benda yang aku nak tulis kan? Siapa-siapa ada topik yang nak aku tulis , habaq mai. Apa yang aku tahu , aku share ok. (Amboih bajet social influencer kahkah)

Okay,  berbalik kepada cerita throwback aku. So my best-friends and I decided untuk beraya sekali lepas seminggu beraya dengan family terchenta. Kami ni berbeza universiti so memang nak jumpa tu bila waktu raya ajalah. So we planned it beautifully (aku sejenis suka plan so aku suruh budak-budak ni plan kasi elok supaya nampak flow perjalanan pada hari itu, ceh).  Sedih sikit sebab Adel and Nicky tak dapat join. Sedih weh. Susah gila nak complete 5 orang but Allah knows best , isnt?

Sebaik-lah Anum ada boleh bawak kereta. Nak harapkan aku and Cimot , hahahaha. Memang idoklah. Takde lesen lagi #noob. Guess what , on our way to Seremban tu , punyalah KTM lama gila tak boleh bawa bincang . Kitaorang sampai Seremban like tengahari centu lepastu Anum waited for us like hours! #weloveKTM-____-

Our first pit stop was rumah Dayah. Hua hua , makan , gerak rumah Pdot Rafee pula sebab ada kenduri. It feels so awkward sebab kitaorang ni tak rapat pun dengan Pdot Rafee tapi he remembers each one of us. I'm shooketh. Hebatlah. Berwibawa betul ketua naqib ingat kitaorang anak anak buah dia ni. Dah 3 tahun kot tinggal sekolah. Lepastu jumpa pula budak-budak lama waktu zaman PMR dulu. Ha bertambahlah okwed. Alahai semua benda jadi awkward *krik krik cengkerik lalu*. Oh ya , one thing that tickled my heart at that moment bila aku jumpa Anas (hai nadzzz :p) lepastu dia cakap "wah , semua dah besar" ............... mestilah..... takkan makin mengecik kot.........

Lepastu gerak pergi rumah Cikgu Azidah -- Ustazah Zakiah -- Nik Wanie -- and last sekali , Rafa. Macam biasa , beraya dengan perempuan ni  memang kami semua kelam-kabut , rushing ke sana sini dengan sepantasnya sebab kalau boleh, taknak balik malam kan? Sebab kami apa? Ya betul, kami perempuan. Belum masuk lagi masa waktu solat tu. Punyalah sejam. Lepas solat , nak pakai itu ini lagi, eh lepastu tetibe tudung tak betul pulak. Ha sudah... Kalau kaum lelaki beraya dengan perempuan ni, memang kena banyaklah bersabar okay. Nama pun perempuan , memang pelik semulajadi! Kahkah.

Highlight of my raya this time is cikgu-cikgu!Seronok rasa berkesempatan untuk beraya rumah cikgu, Tuhan ja faham rasa tu. Bila meningkat umur ni , mula-lah ada sentimental value untuk menghargai semula zaman zaman kecik dan zaman nak membesar dahulu kala. Betul lah tu orang cakap , you'll miss high-school the most. Masuk Degree ni rasa nak terjun masuk sekolah balik. Less burdens , less thinking , less worries and whatnots. Makin besar ni , mula-lah sedar , oh kita ada tanggungjawab sendiri sendiri , ada sense of priorities -- mana satu yang utama dan mana satu yang tidak , bertemu dengan macam macam jenis manusia , kena hadap satu satu masalah , kena fikir macam mana nak cari duit dan survive. Semua lah. Hidup , sayang. Memang macam itulah. Tiada manusia yang makin muda -- semua akan tua. Semua.

So bila ada opportunity macam ni nak berjumpa dengan cikgu , memang aku akan cuba sedaya mungkin cuba lawat cikgu juga. Cikgu-cikgu mungkin lupa siapa aku , siapalah Fatin Nadhirah ni kan , tapi I'll never forget them-- dalam ingatan yang masih mampu mengingati dan dalam doa-doa yang disebutkan kepada Tuhan. Sebab , selain ummi dan ayah , guru-guru aku di sekolah juga yang menjadi asbab kenapa aku berdiri sekarang ini. Terima kasih cikgu-cikgu.








Banyak lagi rumah-rumah tak sempat dikunjungi sebab masa yang tidak mencukupi. Aku harap suatu hari nanti aku dapatlah jejak ke semua rumah cikgu-cikgu aku and lawat mereka sekali sekala. Hatta dah ada suami and anak sekalipun suatu hari nanti. Dan paling aku nak jenguk haruslah rumah Tc Bazla. I want to meet her so bad.. and minta ampun salah silap. Tapi itulah , things change. Pujuklah macam mana pun , benda takkan berubah kembali jadi macam dulu. My significant other comforts me by saying that ; "takpalah , nak buat macam mana , kita dah buat semua benda kan. Dah whatsApp and minta maaf semua. Asalkan kita dah buat , okaylah tu" Y....Y #legarasa. Takpalah , doa ada. Doa kan senjata! #hakurlaskojah.





Tak dilupakan , my best-friends ni ha. Malas dah nak cakap banyak. Tuhan jelah tahu aku sayang diorang cemana. Aku cakap banyak pun diorang bukan dengar kahkahkah. #taksweetbetul-___-

Dan juga , kawan-kawan yang lain. They're such good friends that no one could replace. Teringat la zaman aspuri dahulu! Ha sudah , aku nak throwback zaman aspuri pulak. Haish , susah bila ada strong affection ni. Semua benda nak throwback and emosi #goodluckfuturehusband.
 
Sekian sahaja cerita aku harini. Sumpah haritu seronok sungguh. Rasa macam good ol days gitu. Jarang berjumpa , tapi bila berjumpa , masih dalam keadaan yang sama. Gelak tawa yang sama , kenakalan dan jenaka yang sama. Semua , masih sama seperti dahulu kala. Syukur.


Terima kasih Tuhan.
Jaga mereka.

Comments

Popular Posts